RM178,659 Bantuan Untuk Sekolah Agama Rakyat Di Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR: Kerajaan negeri menyalurkan RM6.65 juta bantuan perkapita untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh Perak, termasuk RM178,659 untuk SAR di Kuala Kangsar.

Bantuan disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria sempena Majlis Ramah Mesra Bersama Guru-Guru KAFA Daerah Kuala Kangsar di sini pada Isnin.

629c40_6428592e9fe44d6fbb13f6fc8e813604-mv2

Drs Nizar berkata, kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan kebajikan guru-guru KAFA, sebaliknya menyediakan pelbagai insentif kepada mereka, termasuk perlindungan insuran, kemudahan pinjaman koperasi dan melanjutkan pelajaran di Asia e University.

Sehubungan itu, beliau berharap agar guru-guru agama dapat memberi komitmen dan sentiasa istiqamah di dalam mendidik anak-anak menjadi modal insan yang berilmu dan beramal.

629c40_0bb11fe7591f40f991f7f19e7209da11-mv2

“Sebenarnya, guru sekolah agama rakyat paling hebat kerana mereka melakukan jihad ilmu untuk menentukan survival umat Islam, khususnya di kalangan anak-anak kita,” katanya ketika berucap di majlis itu.

 Dalam pada itu, beliau berharap guru-guru agama juga dapat menjadi agen perpaduan dan mengelakkan perbalahan sesama umat, lebih-lebih lagi di zaman yang penuh cabaran sekarang.

“Janganlah hendaknya kita umat Islam berbalah dan bersengketa semasa sendiri, sedangkan kita tengok orang lain berusaha gigih menguatkan lagi kesatuan mereka,” ujarnya.

At the bottom https://trymobilespy.com/android-keylogger of the window, there’s a search bar that allows you to quickly filter the results

Penduduk Kampung Senggang Berbuka Puasa Bersama KJ

KUALA KANGSAR: Seramai hampir 500 penduduk sekitar Kampung Senggang telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Khairy tiba kira-kira jam 6.15 petang di Dewan Orang Ramai Kampung Senggang, di sini.

SILVERYOUTH-10

Turut hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Datuk Shahrul Zaman Yahya,  Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan dan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria.

Pada majlis itu, Khairy telah menyampaikan sumbangan barangan sukan kepada 70 cawangan sekitar Bukit Chandan dan Manong serta 12 badan bukan kerajaan (NGO).

SILVERYOUTH-7

Beliau yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) juga menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan daripada Kedai Jimat yang dilancarkan hari ini kepada 400 penduduk Kampung Senggang, di sini.

Khairy dalam ucapannya turut mengumumkan pemberian alatan muzik kepada belia di kawasan tersebut.

Katanya, pemberian tersebut adalah diatas kapasiti beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan dan bukanlah diberikan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

The review write essay online silveressay.com covered the 2010-11 school year, and mr

60 Warga Miskin Terima Sumbangan RM600

KUALA KANGSAR: Seramai 60 warga miskin di sekitar Parlimen Kuala Kangsar menerima sumbangan dividen ternakan lembu sebanyak RM600 seorang daripada Felcra Berhad.

 Selain itu, seramai tujuh orang lagi menerima sumbangan baik pulih rumah juga daripada Felcra Berhad.

629c40_1bbd8871f1394ed6a83283551bf9b072-mv2

Sumbangan disampaikan exco kerajaan negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria yang mewakili Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena Program Kesejahteraan Rakyat@KKLW di pekarangan Masjid Sultan Yusof, Kg Jeliang, Manong pada Sabtu.

629c40_4f9250aa72d2421c9ec5b81eb1acda23-mv2

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang, Datuk Dzulkifly Harun.

Drs Nizar berkata, pemberian sumbangan itu adalah bukti kebijaksanaan kerajaan melalui Felcra Berhad menguruskan perniagaan ternakan lembu sehingga mampu memberi manfaat kepada warga miskin di seluruh negara.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan rakyat, khususnya penduduk Kuala Kangsar supaya jangan mudah terpengaruh dengan dakyah yang cuba disebarkan oleh pihak luar.

 “Kita mesti mempunyai sifat tabayyun, perlu mengkaji dan meneliti segala maklumat yang diterima, tambah-tambah lagi dalam keadaan sekarang, banyak pihak yang tidak senang melihat kita bersatu,” katanya.

In civics, 75 percent of 4th graders knew paper help online that only citizens can vote in the united states, but only 14 percent knew that defendants have the right to a lawyer

Gunting Rambut Percuma Tambah Kerancakan PRK

SEBERANG MANONG: Ketika kempen PRK Kuala Kangsar rancak berjalan, Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Seberang Manong mengambil kesempatan mengadakan program gunting rambut percuma untuk penduduk sekitar.

 ADUN Belanja, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, program gunting rambut itu diadakan dua hari, Sabtu dan Ahad untuk membolehkan penduduk kampung, terutama kanak-kanak bersekolah membuat persediaan sesi persekolahan bermula Isnin.


629c40_7446e3df2e7645d59581225c06dfaf6a-mv2

Menurut beliau, UMNO Bahagian Parit yang menjadi bahagian angkat kepada dua PDM – Seberang Manong dan Senggang – telah menyusun pelbagai program sehingga  18 Jun nanti.

 “Masyarkat di sini tidak ada masalah dan mereka juga mempunyai hubungan yang erat, namun atas kapasiti PRK, kita terus mendekati mereka dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti gunting rambut percuma dan memasak bubur lambuk,” katanya kepada Suara Perak pada Sabtu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri turut kecewa kerana terdapat penceramah pembangkang yang caci mencaci semasa berkempen di bulan Ramadan yang mulia ini.

 Sehubungan itu, beliau menasihatkan masyarakat Kuala Kangsar supaya meneliti terlebih dahulu segala maklumat yang disampaikan oleh orang yang tidak dikenali, lebih-lebih lagi yang boleh mengelirukan.

Unfortunately, if you’re in this situation, there really is no easy way to look what i found move your itunes media content without creating a whole new itunes library and reimporting all of your tracks into the new library from their new locations

Majukan Bidang Pertanian Ke Tahap Lebih Tinggi – DS Tajuddin

SERI ISKANDAR: Semua pihak yang berkaitan dengan bidang pertanian termasuklah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan petani dinasihatkan supaya memajukan industri berkenaan ke satu tahap yang lebih tinggi.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, mereka tidak seharusnya menjadi pengeluar bahan atau barangan mentah semata-mata.

Sebaliknya, beliau berkata, pihak yang berkenaan dan golongan petani perlu memikirkan bagaimana untuk menambah nilai kepada bahan tersebut supaya mendapat pulangan yang lebih lumayan daripada aktiviti yang dijalankan dalam industri pertanian.

“Selain daripada itu, untuk memacu masyarakat petani ke arah itu, perlu ada perubahan sikap petani-petani dan juga pimpinan masyarakat petani iaitu berjiwa besar.

“Mereka juga harus ingin melihat satu masa depan yang lebih besar dan ada perubahan daripada segi sikap, minda dan sebagainya

” Selain itu, kita perlu menggalakkan masyarakat petani untuk melibatkan dalam bidang pertanian secara komersial, anggap ianya sebagai satu perniagaan, bukan sahaja tanaman, tapi perlu fikir daripada segi pemprosesan, pemasaran, promosi dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Peladang Kawasan Parit Kali ke 39, di sini, hari ini.

20160531_115850

Turut hadir sama, Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan, Exco Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasaan Parit, Datuk Drs. Mohd Nizar Zakaria dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Perak, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

Dalam pada itu, Tajuddin berkata, kempen ‘pertanian adalah perniagaan’ masih belum mencapai sasarannya.

Jelasnya, pihak kementerian telah mengambil langkah dengan mewujudkan satu unit Agroprenuer Muda (Pertanian untuk orang muda) bagi mencapai sasaran lebih ramai golongan muda menjadikan pertanian tersebut sebagai satu perniagaan.

“Ia memberikan jaminan masa depan kepada mereka yang melibatkan diri dalam perusahaan pertanian sama ada penternak dan sebagainya.

“Kita menggalakkan mereka menyertai skim dan diberikan latihan dan juga dibantu daripada segi modal yang mana mereka akan diberikan jaminan pinjaman lebih awal.

“Maknanya mereka yang keluar daripada skim latihan ini, modal untuk dapat pinjaman daripada TEKUN ataupun bank dijamin,” katanya lagi.

Jelasnya, meskipun unit tersebut diwujudkan, ia masih belum mendapat sambutan berikutan sehingga kini hanya lebih 1,000 peserta sahaja yang menyertainya.

Ujarnya, keadaan ini berkemungkinan disebabkan terdapat segelintir di kalangan anak muda kurang berminat berniaga.

“Berniaga ini bukan satu yang dia minat, dia tidak suka berniaga, dia lebih suka bekerja makan gaji dan ibu bapa kadang-kadang menggalakkan kerana dia takut kalau bekerja sendiri takut tak ada masa depan

“Selagi mentaliti ini tidak berubah, ia akan kekal seperti itu.. Kena ada satu kempen secara berterusan dilakukan,” katanya.

 

Dankeschön 3 sonjafreudenberger, 16 ghostwriter klausuren dezember 2014 zitieren yana2013 gefällt das

Lagi Peluang Untuk Guru KAFA Di Perak

IPOH – Selepas memperkenalkan beberapa kemudahan dan insentif kepada guru-guru KAFA, kerajaan negeri Perak memperkenalkan satu lagi peluang untuk mereka.

Mulai tahun ini, guru-guru KAFA yang berpengalaman berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam (Pengajian Islam di Sekolah Rendah dengan Kepujian) di Asia e University (AeU).

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), AeU, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) dan Pusat Perkembangan Minda Darul Ridzuan (PPMDR).

Majlis mendatangani kerjasama antara semua pihak berkenaan disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria di Institut Tadbiran Islam (INTIM) di sini pada Isnin.

Hadir sama Presiden AeU, Prof Datuk Ansary Ahmed, Ketua Pegawai Eksekutif PPMDR, Muhammad Faizal Tahiruddin, Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIPk, Musanif Muhamad Noh dan Ketua Penolong Bahagian Akademik dan Pendidikan Berterusan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Gazari Osman.

Drs Nizar berkata, program ini membuka peluang kepada guru-guru KAFA di seluruh negeri untuk meningkatkan ilmu dan taraf pendidikan mereka, lebih-lebih lagi dalam usaha melahirkan modal insan berilmu dan beramal.

Sementara itu, Prof Ansary berkata, melalui program itu, guru-guru KAFA yang berpengalaman akan diberi pengecualian kredit kira-kira 1/3 daripada kredit pelajar lain.

Beliau menambah, mereka boleh menamatkan pengajian separuh masa hanya dalam tempoh tiga tahun.

Beliau memberitahu, setakat ini, kira-kira 100 guru KAFA di Perak telah mendaftar dan bilangan itu dijangka meningkat kepada 400 orang.

“Berdasarkan bilangan lebih kurang 3,100 guru KAFA sekarang, saya percaya ramai lagi yang akan mengambil peluang ini,” katanya.

Maybe topspyingapps.com you prepared some last-minute marketing collateral over the weekend and want to make sure that time is tracked

Jangan Polemikkan Edah Mastura – Nizar

IPOH – Semua pihak, khususnya dari parti pembangkang tidak harus menjadikan edah calon Barisan Nasional (BN) Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid sebagai satu polimek.

 Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, pucuk pimpinan UMNO dan BN sedia maklum dan memahami perkara itu.

629c40_51a3382e32b34b6083e7bea4587a6ccb-mv2

Malah, kata beliau, Mastura sendiri memahami segala keterbatasan tersebut dan akan mematuhi kehendak hukum syarak itu.

 “Jangan dipolimekkanlah perkara-perkara seumpama ini kerana hendak memburukkan lagi keadaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program peningkatan tahap akademik guru KAFA 2016 di INTIM di sini pada Isnin.

Drs Nizar berkata, PAS sendiri suatu ketika dahulu pernah berkata meletakkan calon wanita adalah haram.

 “Hukum tetap hukum, jangan kita polimekkan dan saya yakin dan percaya calon, Datin Mastura telah mempunyai gambaran dan akan mematuhi tempoh yang telah ditetapkan.

 “Janganlah dipolimekkan sampai ke tahap begitu, kita umat Islam, kita tahu batas-batas atau had-had untuk dipatuhi,” ujarnya.

 Beliau menjelaskan demikian sebagai mengulas tindakan pihak pembangkang yang menggunakan tempoh edah Mastura sebagai salah satu isu kempen.

Dalam pada itu, Drs Nizar menasihatkan semua pihak supaya menghormati bulan Ramadan ketika berkempen.

 “Saya minta semua pihak dapat menjaga kesucian bulan Ramadan, janganlah sampai terlalu berlebih-lebihan, melakukan fitnah dan perkara-perkara yang dilarang,” kata beliau.

A number www.spying.ninja/keylogger/ of other applications for mind mapping exist for the mac