UMNO Tidak Boleh Diam Diri Dengan Tohmahan Dibawa Pembangkang – Nizar

KUALA LUMPUR, 12 Okt – UMNO tidak hanya boleh berdiam diri dengan tohmahan dilakukan oleh pembangkang yang memainkan pelbagai sentimen dalam menarik sokongan rakyat, kata Ketua UMNO Bahagian Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria.

Beliau malah berpandangan bahawa tindakan berikut dilakukan Perikatan Nasional (PN) apabila cemburu dengan UMNO/Barisan Nasional (BN) yang ketika ini berada dalam kerajaan.

“UMNO tidak boleh berdiam diri dan melihat sahaja tetapi kena serang dengan pelbagai. Walaupun UMNO hanya ada 26 kerusi tapi kita dapat dari segi tatakelola yang cukup baik dengan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan akhirnya wujud Kerajaan Perpaduan.

“Sebenarnya PN tidak boleh cemburu kepada kita, sepatutnya hari tu dengan jumlah mereka yang kena tubuh kerajaan dengan PH (Pakatan Harapan), kita hanya 30 kerusi sahaja,” katanya.

Menurut Nizar lagi, sebaliknya ianya menunjukkan sisi kekuatan UMNO/Barisan Nasional (BN) yang memainkan peranan tersendiri di sebalik pelbagai cabaran yang dihadapi.

“Ini adalah kelebihan UMNO, di setiap dimensi pilihan raya sudah pasti akan diberi tempat ini aturan yang sudah pasti oleh Allah.

“Begitu juga dengan kawasan lain, kita bekerja seperti biasa dan sudah diketahui bahawa jentera pilihan raya yang terbaik adalah UMNO/BN,” ujar beliau

Mengulas lanjut berkenaan gerak kerja di kawasan, beliau berkata ianya dilakukan seperti kelaziman dalam memberikan perkhidmatan terbaik buat penduduk di Parit.

Katanya, pelbagai segmen masyarakat terus didekati terutama anak muda bagi memastikan mereka bagi menyampaikan aspirasi UMNO dan menepis dakwaan tidak benar yang dibawa parti lawan.

“Kadang-kadang kita tidak sedar, walaupun sudah buat yang terbaik tetapi fitnah inilah yang telah membuat parti dan calon dalam sistem demokrasi kalah.

“Fitnah ini perlu untuk kita pastikan lawan, jangan buat diam perlu gunakan pendekatan media sosial kerana anak muda perlu didekati,” ujar beliau. – UMNO Online

Israel Satu Bangsa Paling Penakut, Sekatan Ekonomi Terhadap Israel Akan Menangkis Keangkuhan Mereka  

Gerakan menceroboh dan provokasi melampau tentera Zionisme Israel terhadap mana-mana lokasi di Palestin adalah sesuatu yang dirancang dan disusun secara strategik khususnya pada setiap bulan Ramadan.

Antara sasaran yang sering diserang ialah di Masjid al-Aqsa, Gaza dan Tebing Barat mengikut keperluan semasa bagi menunjukkan kekuatan ketenteraan dan pengaruh geo-politik Zionisme Israel di peringkat antarabangsa.

Bekas Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria yang pernah merasai kekejaman Israel ini menegaskan Zionisme Yahudi ini adalah satu bangsa paling penakut kerana menyerang rakyat Palestin termasuk wanita, orang tua dan kanak-kanak yang tidak bersenjata.

“Takutnya bangsa Yahudi ini sering kali berlaku kepada misi-misi kemanusiaan yang kononnya negara Israel dicabuli kedaulatan dan dipaksa pelbagai sekatan dan menerima cemuhan di peringkat antarabangsa.”

‘Sangat jelas dalam al-Quran menyebut ayat 24 dan ayat 51, al-Maidah, ayat 14, al-Hashr dan  ayat 246, al-Baqarah bahawa menerangkan Yahudi adalah bangsa yang cukup lemah dan penakut, malahan dalam kalangan mereka juga takut untuk melantik pemimpin antara mereka,” kata Mohd Nizar yang pernah ditahan tentera Israel dan melihat sendiri kekejaman melampau sewaktu menyertai misi kemanusiaan ke Gaza 13 tahun lalu.Ketika itu, Mohd Nizar, salah seorang daripada enam sukarelawan Malaysia yang ditahan oleh tentera Israel yang merampas kapal MV Rachel Corrie dalam misi bantuan kemanusiaan di Gaza.Malahan beliau turut berkongsi pengalaman betapa sengsaranya provokasi yang dilemparkan tentera Zionisme Israel sewaktu ditahan di penjara selama hampir 20 jam dan dipaksa menandatangani perjanjian yang meragukan dalam bahasa Hebrew.

Selain Mohd Nizar, lima sukarelawan lain yang ditahan adalah anggota Pertubuhan Damai Perdana Global (PGPO), Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu, serta wartawan TV3, Halim Mohamed dan jurukameranya, Mohd Jufri Judin

Beliau mengulas berhubung tindakan melampau dan kekejaman polis Zionisme Israel yang menceroboh dan bertempur dengan rakyat Palestin di Masjid Al-Aqsa, dalam tempoh 24 jam baharu-baharu ini.Konfrontasi itu yang berlaku ketika bulan mulia Ramadan dan menjelang sambutan keagamaan Yahudi, turut mencetuskan serangan saling berbalas merentasi sempadan di Gaza serta meningkatkan kebimbangan akan keganasan semakin memuncak.Sementara itu, Nabil Abu Rudeineh sebagai jurucakap kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, menyifatkan tindakan pihak Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa dan menyerang jemaah, sebagai tamparan kepada usaha Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini untuk mewujudkan ketenangan serta kestabilan ketika Ramadan.Mohd Nizar juga mempersoalkan kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU) jangan tutup sebelah mata sahaja apabila berlaku pencerobohan dan provokasi melampau yang disengajakan oleh Zionisme Israel.Peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), menurut beliau, kedua-dua pertubuhan ini bukan sekadar untuk melaungkan amaran, kritikan dan bantahan semata-mata tetapi perlu ada gerakan penyelesaian yang sangat tegas.

“Perlu ada titik noktah kerana saya percaya masyarakat Palestin, sebahagian penduduk haram Israel dan negara di sekeliling rantau berkenaan yang cintakan kedamaian dan keharmonian.

“Setidak-tidaknya Malaysia perlu sekali lagi menjadi orang tengah atau perunding kedamaian antarabangsa sebagai usaha menunjukkan contoh konsep MADANI itu adalah pemangkin atau pencetus kepada proses penyelesaian sebarang konflik yang berterusan selama ini,” ujar Mohd Nizar.Sehubungan itu, bekas Ahli Parlimen Parit turut berpandangan bahawa melemahkan ekonomi merupakan salah satu tindakan yang amat berkesan bagi menjatuhkan Zionisme Israel.“Mengenali syarikat-syarikat Israel bukanlah satu perkara yang sukar buat masa sekarang. Ini kerana, teknologi masa kini dapat digunakan bagi mengenali mana-mana syarikat yang diasaskan oleh Israel.“Inilah cara terbaik dan dakwah paling berkesan yang akan dapat memberi kesedaran menangkis keangkuhan dan kesombongan Israel ini.“Selama ini pun, bangsa Zionisme Yahudi ini menganggap mereka hebat dan tiada negara yang kononnya berani mengugut atau menyerang mereka. Tanggapan mereka ini sebenarnya salah sama sekali.“Kekuatan solidariti seluruh umat Islam di seluruh dunia ini andainya bersatu hati memboikot dan menyekat produk dan perniagaan milik bangsa Yahudi ini, nescaya kesannya sangat mendalam.“Bangsa Yahudi ini adalah pencinta duniawi dan segala kekayaan ekonomi ini dianggap syurga dan lambang kekuatan. Sebab itu, kita perlu tahu mana perlu disasarkan. Memboikot barangan Israel merupakan satu tanda protes rakyat Malaysia terhadap serangan rejim Zionis ke atas Palestin ini,” katanya.

Hampir semua Ketua UMNO Bahagian di Perak kekal

oleh SAIFULLAH AHMAD19 Mac 2023 03:54pm

IPOH – Hampir semua Ketua UMNO Bahagian di Perak mengekalkan jawatan masing-masing pada pemilihan UMNO kali ini.

Daripada 24 bahagian, 12 penyandang Ketua UMNO Bahagian yang bertanding berjaya mengekalkan jawatan masing-masing.

Antara mereka yang kekal termasuklah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahrudin di Tapah; ADUN Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun (Sungai Siput); Datuk Sham Mat Sahat (Bagan Serai), Datuk Hang Tuah Din (Gopeng) dan Datuk Dr Azhar Ahmad (Beruas).

Hanya Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar gagal mempertahankan jawatan apabila Datuk Abu Bakar Mat Ali tewas kepada Mohd Jamil Jahaya.

Tujuh bahagian pula menang tanpa bertanding melibatkan Bagan Datuk yang disandang Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Lenggong yang diketuai Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Saarani Mohamad; Lumut (Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir), Ipoh Barat (Datuk Shamsuddin Abdul Ghaffar), Ipoh Timur (Datuk Azian Osman), Padang Rengas (Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz) dan Batu Gajah (Datuk Mohd Yusoff Kassim).

Sementara itu, empat bahagian pula mendapat ketua baharu melibatkan Pasir Salak yang dimenangi Khairul Azwan Harun, Bukit Gantang (Mohammad Sollehin Mohamad Tajie), Parit Buntar (Mohd Jamil) dan Larut (Datuk Mohammad Daud Mohd Yusoff).

Pada pemilihan kali ini dua calon wanita yang bertanding bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian gagal menyerlah iaitu bekas Timbalan Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar) dan bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Bagan Serai, Zarina Abdol Majid (Bagan Serai).

Dua bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian pula menerima nasib berbeza apabila Mohammad Sollehin yang pernah memimpin Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang memenangi jawatan Ketua UMNO bahagian berkenaan namun, bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun, Faridzul Azlan Abd Shani tidak berjaya memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Tambun menerusi pertembungan dua penjuru.

Keputusan pemilihan Ketua UMNO Bahagian di Perak

Menang tanpa bertanding

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk)

Datuk Seri Saarani Mohamad (Lenggong)

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (Lumut)

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Padang Rengas)

Datuk Azian Osman (Ipoh Timur)

Datuk Shamsuddin Abdul Ghaffar (Ipoh Barat)

Datuk Mohd Yusoff Kassim (Batu Gajah)

Kekal

Datuk Aznel Ibrahim (Gerik)

Datuk Sham Mat Sahat (Bagan Serai)

Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie (Taiping)

Datuk Mohd Zolkafly Harun (Sungai Siput)

Datuk Aminuddin Md Hanafiah (Tambun)

Datuk Maslin Sham Razman (Kuala Kangsar)

Datuk Dr Azhar Ahmad (Beruas)

Datuk Mohd Nizar Zakaria (Parit)

Datuk Abd Rahman Md Som (Kampar)

Datuk Hang Tuah Din (Gopeng)

Datuk Mohd Azhar Jamaluddin (Teluk Intan)

Ishsam Shahruddin (Tapah)

Mohd Zaidi Aziz (Tanjung Malim)

Muka baharu

Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff (Larut)

Mohd Jamil Jahaya (Parit Buntar)

Mohammad Sollehin Mohamad Tajie (Bukit Gantang)

Khairul Azwan Harun (Pasir Salak)

MEMILIH PRU15: Bergerak Sederap Perangi Serangan Fitnah, Infomasi Yang Benar & Sahih Perlu Disebarluaskan

Menu

BacalahMalaysia

MEMILIH PRU15: Bergerak Sederap Perangi Serangan Fitnah, Infomasi Yang Benar & Sahih Perlu Disebarluaskan Utama/MalaysiaMalaysiaPilihan Editor

MEMILIH PRU15: Bergerak Sederap Perangi Serangan Fitnah, Infomasi Yang Benar & Sahih Perlu Disebarluaskan

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Rakyat terutama pengundi seluruh Parlimen Parit dipohon memerangi serangan fitnah oleh pihak tertentu, sekaligus bergerak sederap menyalurkan infomasi yang benar dan sahih untuk disebarluaskan kepada masyarakat sekeliling.

Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria berharap masyarakat bergerak sederap bagi memerangi sebarang tohmahan, fitnah dan berita yang tidak betul pada saat-saat akhir berkempen.

“Masyarakat perlu memberi informasi yang betul selain jentera parti dalam menerangkan dan memperjelaskan sebanyak mungkin.

“Saya yakin dan percaya masyarakat dan rakyat telah pun tahu bagaimana peranan YB Wakil Rakyat BN bekerja, membantu, mencari ruang dan peluang untuk kita membawa pembangunan infrastruktur termasuk soal membina modal insan di kawasan ini.

“Jadi saya minta masyarakat di Parlimen Parit ini, tekadkan diri, yakin dan percaya bahawa kerajaan BN bukan hanya sekadar bercakap-cakap tetapi paling penting ialah bentuk pelaksanaan yang perlu kita lakukan dari dulu, kini dan selama-lamanya,” katanya ketika ditemui selepas program konvoi kereta dan motosikal dari Kampung Teluk Sena, Lambor Kiri sehingga Bandar Universiti, Seri Iskandar di Parit.

Mohd Nizar berkata, bagi mereka yang pulang ke kampung, jalankan tugas tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk pulang mengundi serta  berhati-hati di jalan raya termasuk jaga diri dan keselamatan.

Di samping itu, beliau juga menasihatkan jentera parti menjadikan semangat azimat untuk terus bekerja dan tekad diri kita bahawa ingin membawa kelangsungan pembangunan, kejayaan dan  kemakmuran.

“Sistem demokrasi kita di pilihan raya ini sudah semestinya menjurus terarah mandat yang diberikan kepada rakyat untuk menubuhkan kerajaan yang kuat, stabil dan mampu untuk mengolah bentuk-bentuk kemakmuran, keamanan dan kedamaian, katanya.

Mengenai pengundi baharu, Mohd Nizar melahirkan penghargaan kepada anak-anak muda kerana mereka adalah aset penting di mana usia 18 tahun apabila  berada di gelanggang landskap politik mestilah mempunyai pemikiran untuk memaju demi pembangunan dan memberi sumbangan di kawasan sendiri, negeri dan negara.

Sementara itu, calon kerusi BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota, Khairul Shahril Mohamed juga menigingatkan seluruh pengundi di Bota supaya menolak perkara yang tidak betul dari segi persepsi dan fitnah.

“Jangan sesekali percaya kerana ia suatu pendekatan yang tidak baik dalam politik yang matang. Insya allah Parit, Bota dan Belanja menjadi milik Barisan Nasional,” katanya.

Bagi calon kerusi BN DUN Belanja, Khairudin Abu Hanipah menegaskan supaya semua pengundi memberi fokus perkara yang disebarluaskan oleh pihak tertentu.

“Periksa kesahihan dan kebenaran itu (setiap berita) itu yang perlu diperhalusi supaya kita tidak termakan dan tohmahan yang dilemparkan.

“Banyak dakyah-dakyah yang cuba dikelirukan terutama berkaitan dasar kerajaan. Perlu diingatkan kebanyakan dasar dan proses pembangunan oleh kerajaan sudah dilaksanakan, tetapi cuma ada beberapa peringkat perlu melalui proses penambahbaikan dan sebagainya.

Saya menyeru pengundi supaya berhati-hati ketika menerima sebarang infomasi dan selidiki dahulu kesahihan daripada pihak berkenaan.

“Jangan pula kita termakan atau terpujuk dengan tohmahan itu di mana adanya usaha-usaha membantutkan proses pengundian esok pagi.

Perangi fitnah burukkan BN pada saat akhir kempen – Nizar

PARIT – Pengundi seluruh Parlimen Parit dipohon memerangi serangan fitnah oleh pihak tertentu dan menyalurkan infomasi yang benar dan sahih kepada masyarakat.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria berharap masyarakat bersama-sama bergerak bagi memerangi sebarang tohmahan, fitnah dan berita yang tidak betul pada saat-saat akhir berkempen.

Masyarakat perlu memberi informasi yang betul selain jentera parti dalam menerangkan dan memperjelaskan sebanyak mungkin.

“Saya yakin dan percaya masyarakat dan rakyat telah pun tahu bagaimana peranan wakil rakyat BN bekerja, membantu, mencari ruang dan peluang untuk kita membawa pembangunan infrastruktur termasuk soal membina modal insan di kawasan ini.

“Jadi saya minta masyarakat di Parlimen Parit ini, tekadkan diri, yakin dan percaya BN bukan hanya sekadar bercakap-cakap tetapi paling penting ialah bentuk pelaksanaan yang perlu kita lakukan dari dulu, kini dan selama-lamanya,” katanya ketika ditemui selepas program konvoi kereta dan motosikal dari Kampung Teluk Sena, Lambor Kiri sehingga Bandar Universiti, Seri Iskandar di sini hari ini.

Mohd Nizar berkata, bagi mereka yang pulang ke kampung, jalankan tugas tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk pulang mengundi serta berhati-hati di jalan raya termasuk jaga diri dan keselamatan.

MG_LOGO-300x48-1

HomePolitik  Perangi fitnah burukkan BN pada saat akhir kempen – Nizar

Perangi fitnah burukkan BN pada saat akhir kempen – Nizar

By Wartawan MalaysiaGazette – 18 November 2022

WhatsApp-Image-2022-11-18-at-16
Mohd Nizar (tengah) bersama Khairul Shahril (kiri) dan Khairul Shahril semasa kempen di Parit, Perak hari ini.

ADVERTISEMENT

“Sistem demokrasi kita di pilihan raya ini sudah semestinya menjurus kepada mandat yang diberikan kepada rakyat untuk menubuhkan kerajaan yang kuat, stabil dan mampu untuk mengolah bentuk-bentuk kemakmuran, keamanan dan kedamaian,” katanya.

Mengenai pengundi baharu, Mohd Nizar melahirkan penghargaan kepada anak-anak muda kerana mereka adalah aset penting negara.

Sementara itu, calon kerusi BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota, Khairul Shahril Mohamed juga mengingatkan pengundi di Bota supaya menolak perkara yang tidak betul dari segi persepsi dan fitnah.

“Jangan sesekali percaya kerana ia suatu pendekatan yang tidak baik dalam politik yang matang. Insya allah Parit, Bota dan Belanja menjadi milik BN,” katanya.

Bagi calon kerusi BN DUN Belanja, Khairudin Abu Hanipah pula mahu semua pengundi memberi fokus perkara yang disebarluaskan oleh pihak tertentu.

“Periksa kesahihan dan kebenaran itu (setiap berita) itu yang perlu diperhalusi supaya kita tidak termakan dan tohmahan yang dilemparkan.

“Banyak dakyah-dakyah yang cuba dikelirukan terutama berkaitan dasar kerajaan. Perlu diingatkan kebanyakan dasar dan proses pembangunan oleh kerajaan sudah dilaksanakan, tetapi cuma ada beberapa peringkat perlu melalui proses penambahbaikan dan sebagainya.

“Jangan pula kita termakan atau terpujuk dengan tohmahan itu di mana adanya usaha-usaha membantutkan proses pengundian esok pagi.

“Mereka ini akan mengambil kesempatan untuk memburukkan pada saat-saat terakhir untuk mengalih sokongan,” katanya dikenali sebagai CIkgu Din. – MalaysiaGazette

MEMILIH PRU15: Parit Unggul – Bandar Seri Iskandar, Syurga Francais Restoran Makanan Segera Bertaraf Antarabangsa Setanding Bangsar

Segala-galanya ada di sini ! Nak makan senang bukan main… semuanya ada – tak sangka pula di Bandar Seri Iskandar ini ada macam-macam !

Ada Starbucks, Mc Donald’s, Kentucky Fried Chicken (KFC).

Malah ada juga Richiamo Coffee, A&W, ZUS Coffee, Family Mart, Subway, Pizza Hut, Domino Pizza dan banyak lagi.

Itulah uniknya bandar Seri Iskandarnya Terletak di kawasan Parlimen Parit dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota, malahan limpahan manfaat turut dirasai DUN Belanja.

Setidak-tidaknya kewujudan francais restoran makanan segera yang bertaraf antarabangsa ini standing seperti di Bangsar, Kuala Lumpur.

Tidak malu dikatakan bandar Seri Iskandar terletak di bahagian Perak Tengah disifatkan sebagai syurga francais restoran makanan segera bertaraf antarabangsa.

Inilah usaha dan inisiatif kerajaan Perak pimpinan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa berusaha memastikan kemajuan ekonomi dapat dinikmati bersama secara saksama dan menyeluruh.

Sumbangan industri restoran makanan segera sebenarnya menyumbang kepada ekonomi setempat.

Misalnya, industri restoran makanan segera ini mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, lantas mengurangkan kadar pengganguran dan akhirnya meningkatkan produktiviti setempat.

Selain itu juga, industri restoran makanan segera turut membantu dalam menjana pendapatan. Sebagai contohnya, Mc Donald’s yang mempunyai kira-kira 350 cawangan di seluruh negara mempunyai 14,000 kakitangan.

Sekurang-kurangnya pembukaan cawangan Mc Donalds di Bandar Seri Iskandar telah membantu mengurangkan kadar pengangguran dan membantu inisiatif kerajaan Perak menangani isu penghijrahan keluar anak-anak Perak.

Bukan itu sahaja, ia juga sebagai mata pencarian bagi golongan muda untuk mencari mata pencarian sampingan sambil berkerja atau pun semasa cuti.

Di Bandar Seri Iskandar cukup menguntungkan kerana dikelilingi ribuan pelajar yang belajar di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Profesional Mara, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Giat MARA serta beberapa sekolah berasrama penuh.

Sempat ditemui seorang pelajar UTP, Mohamad Imran, 20, yang berasakan begitu banyak cawangan restoran makanan segera di bandar Seri Iskandar ini.

“Saya berasakan cara kerajaan mengambil langkah untuk meningkatkan ekonomi adalah cara meningkatkan ‘fast-food” untuk menarik lebih ramai warga pelajar berbelanja.

“Menerusi perbelanjaan yang tinggi, ia akan meningkatkan aliran kewangan di peringkat domestik secara tidak langsung.

“ Soalnya di sini, kebanyakan pelajar jarang membeli barangan pakaian dan mereka selalu memikirkan tentang makanan sahaja,” kata Mohamad.

Amir Hamsyah Abdul Razak, 20, yang belajar di UTP berpandangan umum mengetahui sudah ada tiga institusi pengajian tinggi iaitu UTP, UiTM dan Kolej Profesional MARA.

“Sudah tentu jumlah pelajar makin ramai.

“Untuk itu bagi memenuhi citarasa anak muda zaman sekarang ini maka kerana itu, peneraju restoran makanan segera seperti A&W, KFC, Domino’s Pizza dan macam-macam lagi yakin membuat pelaburan di sini (Bandar Seri Iskandar) ,” katanya berasal dari Subang Jaya.  -BACALAHMALAYSIA.MY

MEMILIH PRU15: Parit Unggul – 20 Sebab Pendidikan Antara Yang Terbaik Dari Perak Tengah

Landskap pengajian tinggi termasuk kursus berkemahiran tinggi mengalami pelbagai perubahan sejajar evolusi semasa.

Perubahan dalam era Revolusi Industri 4.0, dan seterusnya 5.0 harus diterima dengan tangan terbuka dan landskap pengajian tinggi perlu bersedia menerima perubahan pesat ini.

Menyedari kepentingan pengajian tinggi bergerak ke hadapan bersama-sama perubahan pesat ini, kerajaan negeri Perak pimpinan Barisan Nasional (BN) menjalankan pelbagai inisiatif bagi memastikan negeri ini terus kekal relevan sebagai hab pendidikan

pengajian tinggi.

Baharu-baharu ini, manifesto BN Perak telah menawarkan daerah Perak Tengah sebagai Koridor Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Negara.

TVET memperoleh peruntukan besar kerana peranan penting bidang ini sebagai salah satu pemangkin untuk membangunkan bakat berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan ekonomi dan demi mencapai matlamat negara yang makmur, inklusif dan mampan.

Melalui pemerkasaan TVET, masyarakat Malaysia termasuk Perak bakal mendapat akses luas kepada peluang latihan kemahiran dan seterusnya peluang pekerjaan selain penjanaan pendapatan.

Ini akan menyediakan taraf hidup yang lebih baik kepada semua rakyat Perak termasuk di Parlimen Parit dan membolehkan pengagihan ekonomi secara lebih adil, saksama dan inklusif kepada semua kumpulan pendapatan, etnik serta wilayah.

Pandangan sama dilontarkan calon BN kerusi Belanja, Khairudin Abu Hanipah yang gembira daerah Perak Tengah, diangkat sebagai koridor TVET bagi memberi peluang kepada anak-anak muda yang mungkin kurang daripada segi pencapaian akademik tapi boleh menceburi dalam bidang teknikal.

“Ini satu inisiatif cukup baik dan kita mengharapkan manifesto ini kita selaraskan apabila kita membentuk kerajaan.

“Saya sebagai bekas guru cukup menyambut baik inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan BN khususnya memastikan pendidikan diberi keutamaan,” katanya.

 Di Perak Tengah ini terutama di Bandar Seri Iskandar ini, terdapat beberapa institusi tinggi serta berasaskan TVET seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Kolej Profesional MARA, Institut Kemahiran Belia Negara (ITBN) dan Giat MARA.

Ketika ditemui calon BN kerusi Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria menyifatkan kawasan parlimennya sangat bertuah kerana diwujudkan pelbagai instutusi pendidikan tinggi yang memenuhi kehendak pelajar, keperluan kebolehpasaran mengikut industri, meningkatkan keupayaan berkemahiran tinggi serta sebagai pusat intelektual pendidikan yang dirujuk.

“Seiring dengan hal itu, pengembangan institusi pendidikan ini telah memberi impaks positif kepada masyarakat Bandar Seri Iskandar dan sekitarnya sekaligus mempertingkatkan sosio-ekonomi rakyat, perniagaan dan ekonomi setempat,” katanya.