629c40_a35514b915814166904584fda879ba20-mv2

SERI ISKANDAR: Selepas Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT). menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) kedua di negeri Perak mengadakan program Hari Tanpa Kenderaan (Car Free Day).

629c40_0e391b0ec97a47c7894208b6890a637b-mv2

Pelancaran program itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuas Pembangunan Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Belanja  di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah di sini pada Sabtu.

 Hadir sama, Yang DiPertua MPPT, Datuk Md Dan Abu Hassan.

 Program Car Free Day MPPT diadakan setiap hari Sabtu minggu ketiga antara jam 7 hingga 10 pagi, yang meliputi jalan sepanjang 3.2 kilometer.

 Sempena pelancaran itu, turut diadakan kempen menanam pokok di mana sebanyak 40 pokok Bungor Kedah atau lebih dikenali Sakura Malaysia ditanam di kawasan berkenaan.

 Drs Nizar berkata, kempen itu yang diadakan serentak dengan program Car Free Day sangat bermakna kerana ia dapat membentuk disiplin diri di samping menjaga alam sekitar.

629c40_f86cb2b4822248f8aaf1bb28ff0510a0-mv2

“Sebagai sebuah bandar baru yang sedang membangun, banyak yang boleh dilakukan untuk mengindahkan lagi lanskap Seri Iskandar sebagai bandar ilmu dan kawasan sekitarnya,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran.

 Sehubungan itu, beliau menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sekitar Perak Tengah mengam bahagian di dalam program tersebut.

 Program Car Free Day MPPT menyediakan pelbagai aktiviti berbeza setiap kali seperti berbasikal, senamrobik, roller blade dan berjalan kaki, di samping pemeriksaan kesihatan.

Die niedersächsische fdp will den https://hausarbeit-agentur.com förderschulen lernen einen bestandsschutz bis 2027 einräumen