9-2

PARIT : Sepasang suami isteri berusia sekitar 70 tahun tidak dapat mengungkapkan rasa gembira mereka apabila kini mendapat ‘hadiah’ besar menerusi program Baiti Jannati Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sini, hari ini.

Jamaludin Mat Ali Piah, 71, berkata, beliau yang menetap hampir 30 tahun di Kampung Changkat Banjar di sini antara yang terpilih oleh TNB menerusi program Baiti Jannati.

“Berbelas tahun kami menunggu, dan akhirnya TNB datang untuk menolong kami mendapatkan rumah baharu.

“Perkara ini memang tak disangka. Rumah sebelum ini yang dibina dengan titik peluh sendiri, bermula dengan atap rumbia hingga ke atap zink, akhirnya dapat juga rumah baharu yang selesa ini,”katanya, ketika ditemui selepas sesi penyerahan rumah tersebut, hari ini.

Sesi penyerahan itu disampaikan oleh Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hassan dan turut dihadiri oleh ADUN Belanja, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria dan Pengurus Besar TNB Perak Bahagian Pembahagian TNB, Datuk Mohd Zahir Md Nagor.

Ujarnya lagi, beliau dan isteri, Halimah Abdullah, 70, yang mempunyai empat orang anak kini tinggal bersama seorang cucu dan seorang anak kelainan upaya (OKU) masih tidak percaya dengan ‘hadiah’ yang diterimanya.

Sementara itu, Halimah menanggap dengan rumah yang diterimanya ini merupakan satu pemberian yang penuh makna.
“Ibarat kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Syukur Alhamdulillah. Semoga Allah membalas jasa semua pihak yang membantu kami,”ujarnya.

Sementara itu, Mohd Zaim berkata, usaha TNB dan agensi kerajaan yang lain amat dialu-alukan bagi membina rumah untuk mereka yang kurang bernasib baik.

“Bagi saya, ia satu usaha yang cukup baik dan pada masa yang sama, usaha seperti ini perlu diteruskan di masa hadapan.

“Walaupun kerajaan mempunyai peruntukan untuk membina rumah melalui pelbagai program, tetapi tindakan oleh agensi-agensi kerajaan seperti ini sesuatu yang amat digalakkan dan patut diteruskan di masa akan datang,”ujarnya.

Dalam masa yang sama, Mohd Zahir berkata, sehingga tahun 2015, sebanyak 37 buah rumah telah berjaya dibaiki dari tahun 2008 yang melibatkan kos sebanyak RM1.132 juta di negeri Perak sahaja.7-2

“Bagi tahun 2016, sebanyak sembilan buah rumah akan didirikan dan kesemua pemiliknya yang terdiri daripada golongan asnaf telah diplih.

“Oleh kerana dari tahun 2012 kita menggunapakai wang zakat yang dikembalikan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), jadi pemilihannya adalah daripada golongan asnaf yang dipilih oleh JAIPk,”ujarnya.

Rumah yang dibina menerusi program Baiti Jannati itu berharga sekitar RM50,000 termasuk kelengkapan eletrik hasil sumbangan warga kerja TNB.

Easton, the director of the institute of https://essaydragon.com education sciences, the research arm for the u