629c40_13f2d974fd5541c1a78992c0eab037e6-mv2

IPOH: Kira-kira 60 pengusaha dan pemilik bengkel automatif bumiputera di Perak bergabung menubuhkan persatuan untuk memperjuangkan kepentingan dan kebajikan mereka bersama.

Pengerusi Penaja Persatuan Pengusaha & Pemilik Bengkel Automatif Bumiputera Perak, Hadiman Ariffin berkata, idea penubuhan persatuan itu adalah hasil cadangan Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria ketika beliau menjadi exco yang menjaga keusahawan.

Menurut Hadiman, sebenarnya mereka telah bergerak secara tidak rasmi sejak dua tahun lalu dengan menggunakan platform Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu (DPPM) Perak.

 “Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, khususnya Drs Nizar dan Yang Dipertua DPPM Perak, Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdullah yang telah banyak membantu untuk merealisasikan penubuhan persatuan ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis ramah mesra pengusaha dan pemilik bengkel automatif bumiputera di Bilik Seminar DPPM Perak di sini pada Jumaat.

 Beliau berharap penubuhan persatuan itu dapat diluluskan secepat mungkin bagi membolehkan mereka menjalankan pelbagai aktiviti yang telah dirancang, khususnya membantu mengembangkan perniagaan ahli-ahli.

 Sementara itu, Drs Nizar yang turut hadir meminta pengusaha dan pemilik bengkel automatif bumiputera di negeri ini supaya memperkemaskan nawaitu (niat) mereka untuk menyertai persatuan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri menasihatkan supaya mereka juga mesti bersatu dan jangan sekali-kali bergaduh sesama sendiri.

 “Guna ruang dan peluang yang ada untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan di samping jangan tamak untuk berkongsi rezeki semasa rakan-rakan yang lain,” katanya ketika berucap di majlis itu.

 Drs Nizar berkara, pengusaha dan pemilik bengkel bumiputera juga mesti menjalin hubungan baik dengan semua pihak sekiranya mahu terus berjaya dan membesarkan perniagaan mereka.

 “Di dalam Islam, bengkel automatif juga suatu keperluan yang dituntut dan mereka mesti terus belajar untuk meningkatkan ilmu di dalam bidang kepakaran masing-masing,” katanya ketika ditemui.

 

Anyway, check the drop site hyperlink test clip below, and be sure to leave your comments via the usual channels